Motivasi
Thursday 22 December 2016
Muhasabah Diri
Pesan Saidina Ali bin Abi Talib," Apabila kamu keletihan melalukan amal kebaikan, keletihan itu akan hilang tetapi pahala kebaikan itu kekal. Sebaliknya apabila kamu keseronokan melalukan dosa kejahatan, keseronokan itu akan hilang, tetapi dosa kejahatan itu akan kekal"
Wednesday 30 October 2013
Mengenal Diri Melalui Melihat Kejadian alam. Alam adalah seluas pandangan. Semuanya menjadi saksi betapa indah dan sempurnanya aturan kejadian ciptaan Allah. Cuba sahaja lihat langit. Bukan sahaja sebegitu luas, kejadiannya tanpa batas, tanpa tiang malahan tanpa apa-apa yang menyangganya supaya kukuh dan tidak runtuh!. Di mana-mana pun kita dapat lihat langit itu ditaburi pula awan yang berbagai bentuk. Sesekali berubah bentuk dan warna..Sesekali berubah menggugurkan air hujan..SesungguhNya itu sudah cukup menterjemahkan bahawa tiada ada sesempurna Pentadbir selain Allah sahaja!. Allahuakbar.
Mengenal Diri menentukan arah tuju hidup anda...Pernahkah anda terfikir bahawa dalam kehidupan ini setiap sesuatu ada yang mengaturnya. Bukan sahaja mengatur dengan sempurna tetapi memperhalusinya dengan sebaik-baik pengurusan?. Sesungguhnya tiada lain sehebat Allah SWT dalam Penciptaan. Maka sehebat Allah itu juga Maha Mengatur segala sesuatu..setiap saat, setiap sesuatu..setiap suasana!. Allahuakbar.
Subscribe to:
Posts (Atom)